Pilih Bahasa

Sedia untuk 31 Ogos

Pandangan atas Dataran Bandaraya semasa raptai penuh pada pagi Khamis. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Raptai penuh perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah berjalan dengan lancar pagi kelmarin.

Perbarisan pada 31 Ogos nanti bermula pada 8pagi yang akan disaksikan oleh Yang Di Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta para jemaah menteri Sabah.

Murid dari pelbagai sekolah antara yang terlibat menjayakan raptai penuh Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke 62 Peringkat Negeri Sabah di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu, Jalan Tun Fuad Stephen.
Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Perarakan bermula dari arah Imago menuju ke pentas utama berhadapan Dataran Bandaraya (bersebelahan Oceanus Waterfront).

Pelancong asing mengambil gambar aset tentera darat yang menyertai konvoi berkenderaan semasa raptai penuh Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke 62 Peringkat Negeri Sabah di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu, Jalan Tun Fuad Stephen. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Ianya akan didahului dengan Perarakan Jalur Gemilang diikuti bendera Negeri Sabah dan bendera lain-lain negeri.

Selain itu acara Lafaz Ikrar, persembahan Koir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, puisi serta persembahan Khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah akan diadakan.

Penerbangan Lintas Hormat yang dilaksanakan oleh Unit Udara JBPM bersama Pasukan Gerakan Udara Pangkalan Sabah. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Pelbagai kontinjen akan mengambil bahagian dalam perbarisan manakala Unit Udara JBPM bersama Pasukan Gerakan Udara Pangkalan Sabah akan turut membuat lintas hormat (Fly Past).-SabahNewsToday