Pilih Bahasa

Sekolah Sukan Malaysia Sabah mendominasi Kejohanan Memanah MSSS 2019

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Sekolah Sukan Malaysia Sabah mendominasi Kejohanan Memanah MSSS 2019 yang berakhir hari ini dengan merangkul johan bagi kategori 18 tahun kebawah dan 15 tahun kebawah.

Seramai 140 peserta mewakili 27 sekolah menengah dan 33 sekolah rendah dari 13 daerah menyertai kejohanan yang bermula pada 20 Jun di sini.

Para pemenang kejohanan mengikut kategori masing-masing (berdiri dibelakang) bergambar kenangan. Gambar SNT/Ihsan MSSS

Keputusan penuh:

Kategori 18 tahun kebawah
1. Johan :
Sekolah Sukan Malaysia Sabah

2. Naib Johan
SM Yu Yuan, Sandakan

3. Ketiga
SMK Kuhara TAWAU

4. Keempat
SMK Pengiran Omar, Sipitang

Kategori 15 tahun kebawah
1. Johan :
Sekolah Sukan Malaysia Sabah

2. Naib Johan
SMK Kuhara TAWAU

3. Ketiga
SM Tshung Tsin, KK

4. Keempat
SMK Tawau

Kategori 12 tahun kebawah
1. Johan
SK Kilimu Ranau

2. Naib Johan
SK Desa Subur Tawau

3. Ketiga
SK Sepagaya Lahad Datu

4. Keempat
SK Meligan Sipitang


Wakil dari Sekolah Sukan Malaysia Sabah menerima piala kemenangan. Gambar SNT/Ihsan MSSS

Hadiah disampaikan kepada para pemenang oleh Presiden Persatuan Memanah Sabah Ir Hj Dzulkarnain Bin Datuk Hj Dzulkifli.-SabahNewsToday