Pilih Bahasa

Titikberatkan penjagaan kesihatan mental elak kemurungan

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Frankie (tengah) bersama para hadirin mengabadikan gambar kenangan sempena program Borneo Quality of Life. – Gambar SNT/Ihsan UMS

KOTA KINABALU: Masyarakat di negeri ini diminta sentiasa menjaga kesihatan mental bagi mengelakkan masalah kemurungan dalam kalangan komuniti.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Fung Ming berkata 

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan Sabah berada kedudukan tertinggi penduduk mengalami masalah kesihatan mental dengan jumlah 42.9 peratus pada 2017.

“Jumlah ini lebih tinggi berbanding keseluruhan rakyat negara ini.

“Ini pastinya menimbulkan kebimbangan kerana masalah berkaitan mental bukanlah perkara yabg boleh diambil mudah dalam kehidupan kita,” katanya ketika berucap pada perasmian Borneo Quality of Life, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Frankie berkata kemurungan adalah punca utama ramai individu mengalami masalah mental selain neurologi dan penggunaan bahan terlarang.

“Selain itu, kemiskinan juga boleh mendorong seseorang mengalami gangguan kesihatan mental hingga membawa kemurungan.

“Faktor ini sering berlaku di negara membangun berikutan kos hidup yang tinggi. Saya percaya dengan menangani kemiskinan, kesihatan dan kualiti hidup penduduk dapat ditingkatkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang awam agar menggunakan sepenuhnya kemudahan disediakan kerajaan sekiranya mempunyai sebarang masalah kesihatan termasuklah berkaitan mental. – SabahNews Today