Pilih Bahasa

Seorang lelaki cedera, lori terbabas dalam gaung

Oleh Alfred Petrus

Keadaan lori yang terbabas dan terbakar di Jalan Tambunan-Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

TAMBUNAN: Sebuah lori trailer musnah terbakar selepas terbabas dan terjunam ke gaung sedalam 10 meter di Jalan Tambunan-Keningau, awal pagi tadi.

Pegawai Bomba (PB), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Deanrel Jinuli berkata insiden tersebut turut melibatkan seorang lelaki.

“Kemalangan terbabit melibatkan sebuah lori yang terbabas memasuki gaung sedalam 10 meter dan terbakar 100 peratus di bahagian hadapan lori.

“Mangsa terlibat mengalami kecederaan ringan dikeluarkan oleh orang awam. Maklumat mangsa tidak diperolehi kerana telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan tersebut kira-kira pukul 6.41 pagi.

Dalam pada itu, BBP Tambunan digerakkan untuk respon ke tempat kejadian menggunkan sebuah jentera FRT dan sebuah jentera Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS). 

Seterusnya, pasukan bomba melakukan operasi pemadamam menggunakan hose reel dan memastikan tiada kemerbahayaan lain di kawasan kejadian. 

Operasi berkenaan terkawal pada pukul 7.31 pagi dan tamat sepenuhnya selepas 15 minit kemudian. -SabahNewsToday