Pilih Bahasa

SEORANG MANGSA CEDERA PARAH DALAM PERTEMBUNGAN DUA KENDERAAN DI BELURAN

Oleh Alfred Petrus

Keadaan salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu. Gambar SNT/Ehsan Bomba

BELURAN: Seorang mangsa kemalangan di jalan raya Simpang Batu 32 Beluran-Sandakan mengalami cedera parah di bahagian kaki.

Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Rastam Keladi berkata kemalangan tersebut turut melibatkan tiga orang mangsa lain.

“Dua daripadanya mengalami cedera ringan da seorang tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Ketiga-tiga mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Beluran dengan menggunakan ambulans.

Anggota bomba berusaha membantu mangsa kemalangan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Namun, maklumat mangsa tidak diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Katanya kemalangan tersebut berlaku akibat pertembungan dua buah kenderaan jenis Toyota Vigo dan Nissan Urvan.

Jelasnya ketika kejadian pasukan bomba berusaha mengeluarkan tiga orang mangsa dari Nissan Urvan tersebut.

Manakala mangsa yang tidak mengalami kecederaan adalah pemandu Toyota Vigo tersebut.

Tambahnya pasukan bomba bertindak melakukan pemeriksaan bagi memastikan keadaan sekitar kemalangan tersebut selamat.

Sementara itu, katanya BBP Beluran menggegaskan seramai sembilan anggota bersamanya kelokasi kejadian selepas Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 9.51 pagi.

“Operasi tamat pada pukul 10.37 pagi,” tambahnya. -SabahNewsToday