Pilih Bahasa

SEORANG MANGSA TERSEPIT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DI JALAN CECILY BATU 4

Oleh Alfred Petrus

SANDAKAN: Seorang daripada empat individu tersepit dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Cecily Batu Empat pada pagi hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Hasmizan Maksit berkata kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Bas Coaster terbabas dengan sendiri di bahu jalan.

“Seorang mangsa tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba dan tiga orang lagi telah keluar sendiri sebelum jentera tiba.

“Namun, maklumat mangsa tidak diperolehi.

“Kesemua mangsa diserah kepada pihak ambulan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 9.45 pagi dan menggegaskan seramai enam orang anggota BBP Sandakan ke lokasi. -SabahNewsToday

-Tamat