Pilih Bahasa

SESB bantu mangsa kebakaran Sandakan

Hj. Mohd Hamsan menyerahkan bantuan kepada salah seorang ketua isirumah sambil disaksikan oleh Addie. Gambar SNT/Ihsan SESB

SANDAKAN:Seramai 250 mangsa kebakaran Kampung Air, Bokara di sini menerima sumbangan keperluan asas daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Sumbangan tersebut disampaikan kepada mangsa dalam satu lawatan SESB yang diketuai oleh Pengurus Besar (Pembahagian) Ir. Addie Ahmad bersama-sama Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Haji Mohd Hamsan Ag Supian pada Khamis lalu.

Pemberian sumbangan ini merupakan kesinambungan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SESB bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Mohd Hamsan turut merakamkan penghargaan kepada SESB atas bantuan dan keprihatinan membantu mangsa yang terlibat.-SabahNewsToday