Pilih Bahasa

SESB tangani bekalan putus dengan pantas

BONGAWAN: Tindakan pantas Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memulihkan bekalan elektrik yang terputus ketika kempen pilihanraya kecil Kimanis berlangsung di Dewan Terbuka Bongawan Plaza pada Sabtu.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat SESB, Hajah Chendramata Hj Sinteh berkata gangguan bekalan berlaku disebabkan talian elektrik dipanah petir.

“Kecekapan dan kepantasan anggota kerja yang sedang bertugas berjaya memulihkan
bekalan dalam masa 4 minit dan tidak mengganggu perjalanan kempen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau turut berkata bahawa anggota kerja teknikal SESB sentiasa dalam keadaan tunggu-sedia bagi memastikan tiada gangguan bekalan elektrik sepanjang kempen berlangsung di Kawasan Parlimen Kimanis.

Dalam pada itu, pengguna yang mengalami masalah gangguan bekalan adalah dinasihatkan untuk menghubungi SESB Careline melalui nombor 15454, 088- 515000 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 019- 852 5427.-SabahNewsToday