Pilih Bahasa

SEUNIT PERUMAHAN JKR RANAU TERBAKAR

Oleh Alfred Petrus

Keadaan di dalam rumah JKR Ranau yang terbakar. Gambar SNT/Ehsan Bomba

RANAU: Sebuah unit rumah di perumahan milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau terbakar petang tadi.

Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Jimmy Lagung berkata kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah berukuran 14×22 kaki persegi.

“Kebakaran berlaku di sebuah blok rumah milik JKR Ranau yang mempunyai empat unit.

“Kebakaran itu hanya melibatkan seunit rumah sahaja.

Bomba memeriksa keadaan sekitar rumah berkenaan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Tiada melibatkan kecederaan dan kematian mangsa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Katanya kebakaran berkenaan berjaya dikawal pada pukul 5.09 petang dan tamat sepenuhnya selepas 22 minit kemudian.

Sementara itu, jelasnya Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 4.59 petang dan menggegaskan 10 orang anggota BBP Ranau bersamanya ke lokasi kejadian. -SabahNewsToday