Pilih Bahasa

SHANGRI-LA’S RASA RIA RAIKAN RAKAN KORPORAT, MEDIA

Oleh Alfred Petrus

Syarikat korporat dan pihak media yang hadir pada majlis anjuran Shangri-La’s Rasa Ria. – Gambar SNT / Alfred Petrus

MAJLIS PENGHARGAAN… Bagi menghargai kerjasama antara pelbagai pihak, Shangri-La’s Rasa Ria Resort & Spa mengadakan Majlis Malam Penghargaan yang diadakan di Plaza Shell pada Jumaat.

Antara yang hadir pada majlis berkenaan adalah seperti rakan niaga dalam pelancongan termasuk syarikat korporat dan pihak media antaranya Sabah News Today, Daily Express dan New Sabah Times.

Turut hadir bagi menghargai tetamu majlis berkenaan adalah Pengurus Besar Shangri-La’s Rasa Ria Resort & Spa Fiona Hagan. – SabahNewsToday