Pilih Bahasa

‘Shopping Raya Drive-Thru’ bersama 20 anak yatim

Oleh Sabah News Today

SANDAKAN: Keriangan jelas tergambar pada wajah 20 orang anak-anak yatim dari sekitar Batu Sapi gembira menerima kunjungan Puteri Umno Batu Sapi dengan membawa buah tangan untuk golongan itu.

Naib Ketua Puteri Umno Sabah, Hazulizah Md Dani berkata Program Baju Raya bersama anak-anak yatim merupakan program tahunan Puteri Umno Batu Sapi dan merupakan acara tahunan sejak 2013.

Hazulizah (kanan sekali) bersama Samsudin (kiri sekali) menyampaikan baju raya secara pandu lalu ‘drive thru’. Gambar SNT/Ihsan Puteri Umno Batu Sapi

“Kalau di tahun-tahun yang lalu, anak-anak yatim itu dibawa ke pusat membeli belah di MyDin dan Yong Hin Sandakan untuk membeli baju raya pilihan hati anak-anak itu.

“Cuma tahun ini ada kelainan di mana Puteri Batu Sapi akan membuat Shopping Raya Pandu Lalu ‘Drive Thru’ bersama Anak-anak Yatim. Kami akan singgah di rumah mereka untuk menghantar baju raya tersebut susulan perintah kawalan pergerakan yang memerlukan penjara sosial” katanya selepas acara penyerahan di sebuah rumah anak yatim sekitar Batu Sapi, di sini kelmarin.

Anak-anak yatim berusia empat hingga 12 tahun itu menerima sumbangan baju raya dan pek kuih raya itu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Hazulizah (kanan) membeli barangan pakaian untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim. Gambar SNT/Ihsan Puteri Umno Batu Sapi

“Kita berharap sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tinggal sehari lagi,” katanya.

Selain itu, pek kuih raya dan baju raya turut diberikan oleh Puteri Umno.

Turut serta dalam aktiviti itu ialah mantan Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya.-SabahNewsToday