Pilih Bahasa

Siasat tuduhan bendera dibuka – Liew

Oleh Sabah News Today

TAWAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta membuat siasatan berhubung tindakan sebuah parti membuka bendera Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) ketika mengadakan kempen di daerah ini.

Presiden PHRS Brigadier Jeneral Tan Sri Liew Yun Fah berkata laporan polis sudah dibuat kelmarin dan pihaknya sedang menunggu keputusan daripada siasatan tersebut agar perkara ini tidak berulang dalam tempoh baki hari berkempen.

Tan Sri Liew Yu Fah kesal dengan tindakan biadap calon lain yang tidak menghormati bendera parti bertanding. Gambar SNT

Menurutnya, perbuatan tersebut adalah satu tindakan biadap dan tidak melambang budaya politik orang Sabah yang mahukan persaingan secara sihat.

“Pemimpin seperti ini dilihat mementingkan diri sendiri dan perbuatan itu tidak sepatutnya ada dalam diri seorang wakil rakyat yang ingin membela nasib rakyat,”katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata sekiranya perbuatan ini tidak dibanteras lebih awal, sistem politik tanah air dilihat seperti tidak demokrasi dan membenarkan politik secara ganas.

“Bendera parti merupakan lambang sesebuah parti politik dan tidak sepatutnya ada pihak lain terutamanya parti lawan yang tidak menghormatinya.

“Kita bertanding secara sihat dan menghormati semasa sendiri, jangan ada pergaduhan serta perpecahan antara pemimpin parti kerana budaya masyarakat Malaysia ialah hormat menghormati,”katanya.

Terdahulu tular dilaman sosial sebuah parti politik yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kukusan yang dilihat menurunkan bendera PHRS di sebuah rumah penduduk di sana dan mengantikannya dengan bendera parti mereka.

Utnuk rekod Liew juga bertanding di DUN N.72 Merotai.-SabahNewsToday