Pilih Bahasa

Sistem aplikasi khas Projek Pan Borneo diwujudkan

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Baru Bian (kanan) menerima cenderahati daripada waki syarikat lPembinaan Kekal Mewah yang mewujudkan aplikasi papan muka Pan Borneo. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Pemain industri digalak memanfaatkan kemajuan teknologi untuk meningkatkan kualiti operasi dan pertumbuhan ekonomi syarikat masing-masing.

Ini selaras dengan visi digitalisasi dalam industri pembinaan yang bertujuan menumpukan kepada peningkatan dan mengoptimumkan produktivitii dalam industri berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata teknologi baharu dapat menyediakan data tepat, maklumat masa dan sistem lebih cekap dalam mengendalikan bidang berkaitan infrastruktur.

“Misalnya, Sistem Aplikasi Papan Muka Pan Borneo ini telah dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat tempatan iaitu Pembinaan Kekal Mewah dengan sokongan daripada Kementerian Kerja Raya.

“Papan pemuka ini membolehkan semua maklumat penting seperti data dan fail yang diselaraskan ke bahagian projek boleh diakses oleh semua pihak yang terlibat dalam projek itu,” katanya dalam ucapan perasmian Sistem Aplikasi Papan Muka Pan Borneo di sini hari ini.

Beliau berkata sistem maklumat global (GIS) yang mengesan kawasan lebuh raya itu akan membolehkan pergerakan dan utiliti tanah yang merupakan cabaran paling besar dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo diperolehi.

Beliau menambah  sistem sedemikian adalah untuk mencapai kemajuan dalam projek pembinan Pan Borneo yang lancar dan tepat pada masanya.

“Lebih cepat projek itu siap lagi mudah penduduk Sabah menikmati kemudahan lebuh raya tol-percuma di negeri ini sepert di Semenanjung.

“Sistem ini akan dapat mengatasi masalah berkaitan perhubungan jalan raya di Sabah, khususnya Pan Borneo,” katanya.

Baru berkata infrastruktur jalan raya yang lebih baik di Sabah menerusi projek Pan Borneo ini akan membantu meningkatkan ekonomi rakyat dan mempromosikan pelancongan menerusi laluan menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam. – SabahNewsToday