Pilih Bahasa

SNT TERIMA KUNJUNGAN MESRA ASTRO

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KUNJUNGAN MESRA…. Wakil Bahagian Komunikasi Korporat Astro, Natasha A. Nathan (kiri) dan Chloe Chong Sze Yen (kanan) mengadakan kunjungan mesra di pejabat Sabah News Today (SNT) hari ini.

Tujuan kunjungan itu adalah untuk mengeratkan silaturahim dan memberikan penerangan mengenai program-program Astro selain mengenali dengan lebih dekat warga portal SNT yang baru beroperasi selama dua bulan di Sabah.

SNT diwakili oleh Editor, Chris Maskilone dan Ketua Jurufoto, Datu Ruslan Sulai (gambar di atas tengah).- Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata