Pilih Bahasa

Stor kedai barangan runcit musnah terbakar

Oleh Alfred Petrus

Pihak bomba berusaha memadamkan kebakaran tersebut. Gambar SNT/Ihsan Bomba

SANDAKAN: Sebuah stor kedai barangan runcit di Jalan Nasalim Batu 5, di sini, musnah terbakar, hari ini.

Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata kebakaran yang melibatkan satu lot stor berkeluasan 20×50 kaki persegi.

Namun, jelasnya punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tambahnya insiden tersebut juga tidak melibatkan kecederaan dan kematian.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan berkenaan kebakaran tersebut pada pukul 7.25 malam.

Lalu, BBP Sandakan digerakkan untuk respon ke tempat kejadian menggunakan dua buah jentera, sebuah water tanker dan sebuah jentera Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran seterusnya melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan bagi memastikan keadaan selamat.

Operasi terbabit tamat sepenuhnya pada pukul 9 malam. -SabahNewsToday

-Tamat