Pilih Bahasa

Suami acu samurai kepada isteri, elak ditahan AADK

Oleh Alfred Petrus

Antara individu ditahan AADK Beaufort. – Gambar SNT/Ihsan AADK

BEAUFORT: Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an cuba mengugut penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan mengacukan samurai ke arah isterinya agar dia tidak ditahan oleh pihak berkuasa.

Dalam satu operasi bermula pukul 1.30 pagi semalam (Jumaatp, suspek mengamuk menggunakan ledang samurai ketika cuba ditahan AADK.

Ketua Pegawai AADK Beaufort, Effanehwati Lakat berkata suspek gagal dipujuk oleh pihaknya lalu berjaya melarikan diri ke hutan.

Dalam operasi yang sama, sepasang suami isteri dipercayai tokan dadah turut diserbu.

Bagaimanapun, si suami terlebih dahulu melarikan diri dan meninggalkan isterinya ketika diserbu penguatkuasa.

Isteri suspek telah ditahan kerana positif dadah jenis syabu dan rumah suspek juga dipercayai sebagai ‘port’ untuk ‘lalok-lalok’ berkumpul dan menagih dadah. 

Operasi itu juga turut menahan seorang lelaki yang mengaku menggunakan dadah sejak berumur 10 tahun apabila dia hendak melakukan pekerjaan. 

Sementara itu, Effanehwati berkata dalam operasi selama empat jam itu pihaknya berjaya menahan 19 lelaki dan tiga perempuan berumur antara 20 hingga 52 tahun dalam serbuan di empat buah kampung iaitu Kampung Naluyan, Guruh- Guruh, Tanjung Pagar Sipitang dan Kampung Langkawit Papar. -SabahNewsToday

-Tamat