Pilih Bahasa

Suami isteri dari Sabah antara tiga maut kemalangan di New Zealand

Oleh Junaidi Ladjana

KOTA KINABALU: Suami isteri antara tiga maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori di Kaikoura, New Zealand, semalam.

Kejadian kira-kira jam 3 petang waktu tempatan, mangsa terbabit pelancong Malaysia berasal dari Sabah dikenali sebagai Adnan Jeman dan isterinya Dr Rumihati Abd Hamid.

Berdasarkan laporan portal berita New Zealand, www.stuff.co.nz, dua remaja yang dilaporkan kritikal diterbangkan ke Hospital Christchurch dan Hospital Wellington dengan helikopter bagi mendapatkan rawatan.

Kemalangan itu juga menyebabkan lebuh raya ditutup bagi memudahkan kerja menyelamat.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong kenderaan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan mengenai punca kemalangan sedang dijalankan. -SabahNewsToday