Pilih Bahasa

`SUDAH MABUK, RASUAH LAGI!’

Oleh Mohd Adam Arinin

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah Deputi Superitendan Parum Niot (kiri) semasa mengetuai OP Mabuk yang dijalankan di Jalan Coastal, pagi tadi. – Gambar SNT/Ehsan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah

KOTA KINABALU: Dua lelaki tempatan ditahan selepas cuba merasuah pegawai polis trafik sebanyak RM500 sebagai dorongan agar tidak diambil tindakan ketika Op Mabuk di Jalan Coastal di sini, awal pagi tadi. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah, Deputi Superitendan Parum Niot berkata lelaki berumur 27 tahun itu ditahan selepas cuba memberikan rasuah ketika proses dokumentasi Op Mabuk dibuat keatasnya. 

“Lelaki terbabit didapati bersalah kerana memandu dengan kandungnan alkohol melebihi had yang ditetapkan iaitu pada paras 81/100 milimeter.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah Deputi Superitendan Parum Niot (tengah) semasa mengetuai OP Mabuk yang dijalankan di Jalan Coastal, pagi tadi. – Gambar SNT/Ehsan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah

“Sewaktu proses dokumentasi dijalankan, lelaki berkenaan menawarkan dan memberikan wang sebanyak RM500 kepada pegawai polis yang bertugas sebagai dorongan agar beliau tidak diambil tindakan undang-undang selepas terbukti bersalah atas kesalahan yang dilakukan,” katanya ketika dihubungi SabahNewsToday, hari ini. 

Menurut Parum, lelaki terbabit ditahan bersama seorang lagi lelaki berumur 30 tahun yang turut bersubahat melakukan kesalahan itu dan polis turut merampas wang tunai RM500 tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini ditahan di Lokap Berpusat Kontinjen Sabah untuk tindakan lanjut dan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah Deputi Superitendan Parum Niot (kanan) semasa mengetuai OP Mabuk yang dijalankan di Jalan Coastal, pagi tadi. – Gambar SNT/Ehsan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah

Jelas Parum, kes disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkitan Jalan dan Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 

Sementara itu, seramai 14 orang ditahan dan akan dituduh di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk. 

Operasi yang bermula jam 1.30 pagi dan berakhir empat jam kemudian itu membabitkan seramai empat pegawai polis trafik bersama 31 anggota.

“Operasi dan penguatkuasaan ini akan dijalankan secara berterusan bagi mengelak pemandu supaya tidak memandu dibawah pengaruh alkohol yang melebihi had serta mematuhi undang-undang jalan raya serta kesalanan trafik yang lain.” katanya. – SabahNewsToday