Pilih Bahasa

Syarweena Yajit juara Bintang Sandakan FM

Oleh Zakaria Damit

Johan Syarweena Yajit menerima hadiah daripada Adin. Gambar SNT/Zakaria Damit

SANDAKAN: Syarweena Yajit diumumkan sebagai ‘Juara Bintang Sandakan FM’ dalam program tahunan yang dianjurkan SandakanFM di perkarangan pentas terbuka Sejati Walk, di sini sebentar tadi.

Syarweena membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta piala disamping memenangi kategori vokal terbaik dan ‘Battle Terbaik’ bersama pemenang tempat kedua Razis Lamiasa.

Razis membawa pulang wang tunai RM3,000 manakala Asmawati Yusof diumumkan pemenang tempat ketiga dengan memenangi wang tunai RM2,000 berserta piala.

Adin menyampaikan hadiah kepada Razis Lamiasa. Gambar SNT/Zakaria Damit

Muhadin Asmadin pula diumumkan sebagai ‘Peserta Paling Popular’ melalui undian di laman Facebook.

Hadiah disampaikan Adin Ismail
Pegawai Perhubungan Batu Sapi yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew.

Hadir sama dalam majlis itu Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi, Pengurus Sandakan FM Baharullah Baba dan Penolong Pengarah Unit Hiburan RTM Mohd Azry Abdullah.

Adin dan Malinaziah bersama para pemenang dan peserta Bintang Sandakan FM. Gambar SNT/Zakaria Damit

Enam finalis peringkat akhir antaranya, Syarweena Yajit, Ridan Lily, Asmawati Yusof, Muhadin Asmadin, Nainah Nasip dan Razis Lamiasa menarik minat lebih 3,000 masyarakat pelbagai kaum hadir dalam program berkenaan.-SabahNewsToday