Pilih Bahasa

Syukuri nikmat kemakmuran, keamanan negara

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KOTA BELUD: Kesediaan kerajaan untuk membantu rakyat membuktikan bahawa kebajikan rakyat khususnya di luar bandar, pinggir bandar dan dibandar tidak pernah disia-siakan.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Datuk Japlin Akim berkata sehubungan itu rakyat diminta untuk terus bersama-sama bekerja dan berganding bahu demi memastikan kemakmuran sedia ada berkekalan.

Japlin (dua dari kanan) menyerahkan tikar sejadah kepada Pengerusi Masjid Nurul Hasamah Kampung Kupang Kota Belud, Jekilan Melan. – Gambar SNT/Ihsan Dun Usukan

“Penyatuan membolehkan kita terdidik dengan sifat-sifat mulia seperti suka menghulur bantuan, menolong orang susah dan bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu kerja.

“Masyarakat juga perlu bersyukur dan beruntung kerana menyambut bulan mulia dalam keadaan aman dan damai berbanding negara-negara lain yang bergolak,” katanya.
 
Beliau berkata demikan semasa Program Ihya Ramadhan dan Nuzul Al-Quran anjuran Badan Dakwah Kemas dengan kerjasama Kelab Pembangunan Desa dan Masjid Nurul Hasamah Kampung Kupang Kota Belud semalam.

Japlin (dua dari kanan) bersama masyarakat setempat mendengar takzirah sementara menanti untuk berbuka puasa bersama para jemaah masjid. – Gambar SNT/ Dun Usukan

Dalam majlis itu Japlin turut menghulurkan sumbangan sejadah untuk kegunaan para jemaah Masjid Nurul Hasanah Kampung Kupang dan penyerahan beras kepada 10 asnaf dari Kampung Kulambai Kupang Kota Belud.
 
Jelas Japlin melalui program ini, pemimpin boleh mendekati masyarakat setempat, menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada individu memerlukan.

“Pendekatan mesra rakyat seumpama ini diharap dapat mendekatkan kerajaan dengan rakyat disemua peringkat,” katanya. – SabahNewsToday