Pilih Bahasa

Tagaps Dance Theater, johan Tugu Budaya Etnik Sabah 2019

Oleh Alfred Petrus

Christina (enam dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Tagaps Dance Theater. – Gambar SNT/Alfred Petrus

PENAMPANG: Pengorbanan dan usaha selama lebih empat bula membuahkan hasil Tagaps Dance Theater selepas diumumkan sebagai johan Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-10, kelmarin.

Pengarah Tagaps Dance Theater, Mohd Azizan Danial Abdullah berkata beliau tidak menyangka berjaya memikat hati juri  melalui pemilihan penceritaan berkisarkan lagenda Huminodun yang dikreatifkan dalam bentuk tarian.

“Kemenangan ini bagi kami semua sangat berharga kerana apa yang kami usahakan ini daripada kosong dan berlatih sehingga mengorbankan amsa masing-masing.

Persembahan etnik kreatif memukau dari Filipina. – Gambar SNT/Alfred Petrus

“Walaupun serba kekurangan kelengkapan sepanjang empat bulan latihan, tapi kami tidak jadikan itu satu alasan untuk kami terusah berusaha sehingga membuahkan hasil.

“Ini sangat bermakna bagi kami pabila bertanding di peringkat antarabangsa iaitu Tugu Budaya Etnik Sabah buat kali pertama dan memenangi pertandingan ini,” katanya ketika ditemui pada Malam Anugerah Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-10 di Pusat Kebudayaan Sabah, di sini kelmarin.

Melalui kemenangan itu, Tagaps Dance Theatre membwa pulang hadiah bernilai RM16,000, sijil dan trofi manakala, tempat kedua bagi kategori antarabangsa disandang oleh peserta Indonesia dengan membawa pulang hadiah RM11,000 berserta sijil dan trofi.

Persembahan dari Bhangra Desire International Folk Dance India. – Gambar SNT/Alfred Petrus

Bagi kategori Sekolah Menengah (SM) pula, SM Lok Yuk Likas dipilih untuk menerima Anugerah Ketua Menteri yang juga sebagai johan kategori tersebut.

Anugerah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (naib johan) dimenangi oleh SM All Saints Kota Kinabalu. 

Kedua-dua sekolah masing-masing membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM15,000 dan RM10,000, sijil serta trofi.

Persembahan menarik daripada peserta International Folk Dance India. – Gambar SNT/Alfred Petrus

Kategoi Sekolah Rendah dalam pertandingan Tugu Budaya Etnik Sabah, Anugerah Ketua Menteri (johan) dimenangi oleh Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St Agnes Kota Kinabalu.

Naib johan atau Anugerah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dimenangi oleh SK Pekan Nabawan Keningau.

Setiap pemenang menerima hadiah bernilai RM13,000 dan RM8,000, sijil serta trofi.

Thailand turut menghantar wakil bagi kategori antarabangsa. – Gambar SNT/Alfred Petrus

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew. – SabahNewsToday