Pilih Bahasa

Taktik tanam minyak petrol sebelum diseludup ke Filipina dihidu pihak berkuasa

Oleh Nasrawati Syarifuddin

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) menemukan 12 tong jerikin berisi minyak petrol yang ditanam di kawasan persisiran pantai, Kampung Sinakut Felda, dekat sini, semalam.

Tong yang berisi minyak petrol dianggarkan bernilai RM583 itu ditemukan ketika PPM menjalankan tugas dikawasan berkenaan dengan berpandukan maklumat dari Unit Risikan Marin(URM), kira-kira pukul 6 petang.

12 tong jerikin berisi minyak petrol ditanam di persisiran pantai Kampung Sinakut Felda Lahad Datu. Gambar SNT / Ihsan PPM Lahad Datu

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata taktik berkenaan digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan disyaki minyak petrol terbabit cuba diseludup ke negara Filipina.

“Saya percaya suspek menanam tong jerikin berisi minyak petrol berkenaan sebelum pihak lain mengambil minyak terbabit dan dibawa ke negara Filipina.

“Semua barangan dianggarkan bernilai RM583 itu kemudian dirampas dan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961. – SabahNewsToday