Pilih Bahasa

TAMU BESAR KPD TAHUN BARU CINA 2019 PADA 26 – 27 JANUARI


KOTA KINABALU: Tamu Besar Tahun Baru Cina 2019 anjuran Korporasi Pembangunan Desa (KPD) akan berlangsung di Kompleks Pemasaran KPD Tg.Lipat, Likas dari 26 sehingga 27 Januari ini.

Masa tamu besar pada 26 Januari (Sabtu) ialah jam 10 pagi sehingga 7 malam dan pada 27 Januari (Ahad), dari jam 6pagi sehingga 1 petang.

Antara acara menarik untuk orang ramai khasnya para penggemar durian ialah ‘Program Bayar RM25 Makan Durian Sampai Kenyang’ pada 26 Januari.

Pengunjung ke-1000, 1500, 2000, 2500 dan 3000 akan menerima hadiah tajaan gabungan para peserta gerai jualan tamu besar ini.

Pada 27 Januari, para pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan Tarian Singa bermula jam 10pagi.

Para pengunjung tamu besar ini berpeluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah dengan membeli sekurang-kurangnya satu tiket cabutan bertuah berharga RM1.00 sekeping semasa tamu besar itu.

Hadiah-hadiah tiket cabutan bertuah adalah seperti berikut :

  • Hadiah Utama : 1 set TV   43″ Full HD LED.
  • Hadiah Ke-2 untuk 2 pemenang: Baucar RM500 seorang.
  • Hadiah Ke-3 untuk 2 pemenang: Baucar RM400 seorang.
  • Hadiah Ke-4 untuk 2 pemenang : Baucar RM300 seorang.
  • Hadiah Ke-5 untuk 2 pemenang : Baucar RM200 seorang.
  • Hadiah Ke-6 sehingga Ke-10  untuk 10 pemenang : Hamper RM150 seorang.

Cabutan tiket bertuah akan dibuat pada 26 dan 27 Januari. Cabutan untuk hadiah utama ialah pada 27 Januari,  jam 11.00 pagi.

Pelbagai produk KPD akan dijual di tamu besar ini seperti tiga jenis madu lebah iaitu madu kelulut, potuikan dan tropikal, ais krim susu kambing pelbagai perisa, susu kambing segar, teh moringa, ayam kampung hidup, ayam kampung segar, ayam pedaging segar, kelapa pandan, cendawan shiitake, pomelo, pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.

Acara-acara lain ialah persembahan tarian singa, pertandingan melukis kanak-kanak, senamrobik (aerodance), karaoke, pameran kenderaan serta jualan pelbagai produk industri kecil dan sederhana tempatan.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang tamu besar ini boleh menghubungi Ibu Pejabat KPD 088-291381, Nicholas 014-3590065 dan Arifin 017-8038416.-SabahNewsToday