Pilih Bahasa

TAMU KPD PADA 24 MAC INI

KOTA KINABALU: Tamu KPD akan berlangsung di Kompleks Pemasaran KPD Tanjung Lipat pada 24 Mac 2019 bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Tamu KPD yang diadakan dua kali dalam sebulan memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli pelbagai produk tempatan dengan harga yang berpatutan.

Kali terakhir tamu KPD diadakan ialah pada 10 Mac lepas.

Para pengunjung tamu KPD berpeluang membeli pelbagai produk KPD seperti madu kelulut, potiukan dan tropikal, ais krim susu kambing pelbagai perisa, susu kambing segar, teh moringa Borneo, ayam kampung hidup, ayam kampung segar, ayam pedaging segar dan beku, kelapa pandan, cendawan, pomelo, pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.

Orang ramai khususnya para usahawan tani yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang tamu KPD boleh menghubungi Ibu Pejabat KPD 088-291381, Nicholas 014-3590065 dan Arifin 017-8038416.-SabahNewsToday