Pilih Bahasa

Tan Sri Musa Aman hadir persidangan DUN buat pertama kali

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Adun Sungai Sibuga Tan Sri Musa Aman menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 buat pertama kalinya selepas tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri diambil alih oleh kerajaan gabungan pimpinan Parti Warisan Sabah.

Beliau tiba sebelum sidang bermula pukul 10 pagi tadi dan disambut oleh wakil-wakil rakyat yang terdahulunya dari Umno dan juga Barisan Nasional serta para penyokong.

Ahli Dewan Undangan Negeri N.42 Sungai Sibuga Tan Sri Musa Aman hadir pada hari kedua sidang DUN Sabah ke-15 Penggal Kedua buat kali pertama sejak peralihan kuasa pentadbiran kerajaan negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Musa kemudian mengambil tempat duduk di bahagian pembangkang bersebelahan dengan Adun Tambunan Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Ahli Dewan Undangan Sungai Sibuga Tan Sri Musa Aman mengambil tempat duduk di sebelah Dr Jeffrey Kitingan. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Musa yang kelihatan sihat berbanding ketika beliau datang untuk mengangkat sumpah pada 5 Sept tahun lalu juga mengambil bahagian dalam sesi soal jawab dengan mengemukakan soalan tambahan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan menteri kabinet lain.-SabahNewsToday