Pilih Bahasa

TANGAN DAN KAKI WANITA MELECUR DALAM KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG KOBUSAK

Oleh Alfred Petrus

PENAMPANG: Seorang wanita cedera dalam kebakaran sebuah rumah kediaman di Kampung Kobusak musnah terbakar, di sini, semalam.

Ketika kejadian, mangsa berumur 44 tahun mengalami kecederaan iaitu melecur di bahagian tangan dan kaki beliau.

Keadaan rumah yang terbakar tersebut. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, John Radsung berkata mangsa seterusnya menerima rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Satu.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi
menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.29 malam dan menggegkan BBP Penampang, Kota Kinabalu dan Lintas ke lokasi kejadian bersama empat buah kentar dan dua buah EMRS.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 12.01 tengah malam dan menjalankan operasi pemadaman kebakaran rumah kediaman berkeluasan 40×40 kaki persegi.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 12.27 tengah malam dan tamat sepenuhnya pada pukul 1.04 pagi. -SabahNewsToday