Pilih Bahasa

Tangan hampir putus, tersepit mesin pengisar tebu

Oleh Nasrawati Syarifuddin

TAWAU: Seorang wanita hampir terputus tangan kirinya tersepit di mesin pengisar tebu dalam kejadian di Kampung Sentosa Blok 5, dekat sini tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 25 tahun sedang menggunakan mesin pengisar tebu terbabit.

Tangan kiri mangsa tersepit dan hampir terputus. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Tujuh anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bertindak ke lokasi kejadian dengan menggunakan dua jentera penyelamat setelah menerima panggilan kecemasan pukul 10.06 pagi.

Anggota bomba sedang mengeluarkan tangan mangsa daripada mesin pengisar. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Menurut ketua operasi, mereka berjaya mengeluarkan tangan mangsa dan memberi rawatan awal.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut. – SabahNewsToday