Oleh Mohd Nazllie Zainul
KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila tangan kanannya hampir putus berikutan tersepit pada mesin pengisar daging.

Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba Kota Kinabalu, Norkizan Durudin berkata pihaknya hanya mendapat panggilan kecemasan daripada Hospital Queen Elizabeth (HQE) kira-kira jam 4.11 petang menerusi panggilan kecemasan 999 dan tiba di hospital beberapa minit kemudian.
Norkizan berkata setibanya di wad kecemasaan HQE, pihaknya melihat seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dengan mesin pengisar masih berada dianggota badan terbabit.

“Kita mengambil masa selama lebih dua jam untuk mengeluarkan tangan mangsa daripada mesein pengisar berkenaan.
“Bomba juga terpaksa menggunakan alat Hydraulic Power Unit bagi memotong mesin itu agar memudahkan kita mengeluarkan tangan mangsa,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.42 petang.

Maklumat mengenai punca tangan mangsa tersepit dalam kemalangan itu tidak dapat diperolehi.-SabahNewsToday