Pilih Bahasa

Taraf PR kepada penjawat awam Semenanjung perlu patuhi syarat

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Pemberian taraf penduduk tetap (PR) Sabah kepada penjawat awam berasal dari Semenanjung perlu memenuhi syarat yang sedia ada.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shaie Apdal berkata penjawat awam yang baharu sahaja mendapat penempatan di Sabah tidak akan diberikan taraf PR.

Mohd Shafie dalam sidang akhbar selepas menyampaikan amanat kepada peniaga barter trade di Kementerian Kewangan, PPNS hari ini. Gambar SNT/Ihsan JKM

“Terdapat syarat-syarat tertentu dalam kewarganegaraan yang perlu dipenuhi bagi melayakkan mereka mendapat hak penduduk tetap.

“Tidak boleh dia baru dipindahkan, kita terus berikan hak penduduk tetap.

“Mereka perlu berkhidmat di sini beruluh tahun dahulu,” katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy berharap penjawat awam dari Semenanjung diberi status PR di Sabah.

Katanya tiada masalah dalam pemberian taraf PR kepada penjawat awam dari Semenanjung jika mereka memenuhi syarat tertentu.

“Ia termasuklah mereka yang sudah lama berkhidmat di Sabah dan berkahwin dengan orang tempatan serta anaknya dilahirkan di Sabah,” katanya. -SabahNewsToday