Pilih Bahasa

Terisellah Kain, Gimpuhut (johan) MGM Pesta Magahau Zon Matunggong 2019

MATUNGGONG: Terisellah Kain muncul sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) Pesta Magahau Zon Matunggong 2019  di Balai Budaya Pekan Matunggong di sini semalam.

Feyrashandy Hanlin Hanis dan Jevlinah Lingkin masing-masing muncul naib johan dan tempat ketiga.

Gimpuhut (Johan) MGM Pesta Magahau Zon Matunggong 2019 Terisellah Kain (tengah) bersama Feyrashandy Hanlin Hanis (kiri) dan Jevlinah Linkin. Gambar SNT/Ihsan Samora

Terisellah akan mewakili Matunggong, Feyrashandy mewakili zon Tagaroh manakala Jevlinah pula akan mewakili zon Manggaris di Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos nanti.

Shrmine Ryan Basmin pula dinobatkan sebagai Miss Popular FB bagi Zon Matunggong, sementara Lilyannie Christie Linus dipilih sebagai “Model of the Year” bagi Zon Matunggong.

Johan Monurizak (pertandingan nyanyian), Joshua Eleazar (tengah) bersama naib juara Jurin Junior (kanan) dan tempat ketiga Alyssa Clairessa Andry (kiri). Gambar SNT/Ihsan Samora

Bagi kategori Mitarab Mindolongoi (Monurizak) atau pertandingan menyanyi, johan dimenangi oleh Johsua Eleazar manakala Jurin Junior dan Alyssa Clairessa Andry masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Johan bagi kategori ini akan mewakil zon Matunggong, naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing akan mewakili zon Tagaroh dan Manggaris ke Pertandingan/Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri nanti.

Majlis telah dirasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Matunggong, Barlus Mangabis.

Barlus Mangabis merasmikan majlis tersebut. Gambar SNT/Ihsan Samora

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora) merangkap Pengerusi Induk Pesta Magahau 2019, Jose Modsinupu, Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggon, Francis Chong , OKK Jominit Kobuhi, CDO Nuriah Jomirun, Pengerusi Mitarab Gimpuhut (MGM) Peringkat Negeri, Ruhini Andong, Pengerusi MGM Zon Matunggong, Salunih Moruson dan ahli-ahli majlis tertinggi Samora.

Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baharu iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).

Barlus Mangabis (empat dari kanan) menerima cenderakenangan daripada Pengerusi Pesta Magahau Zon Matunggong. Gambar SNT/Ihsan Samora

Selain Zon Kota Kinabalu dan Matunggong, lima lagi zon lain akan mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun iaitu Labuan (7 Julai), Pitas (13 Julai), Kudat (20 Julai), Kota Marudu (21 Julai) dan Beluran ( 27 Julai).-SabahNewsToday