Pilih Bahasa

Tiada kes baharu hari ini; tinggal 26 kes dalam rawatan di hospital seluruh Sabah

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Kes positif Covid-19 baharu kembali sifar hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kekal 317 di Sabah.

Pada masa sama, jumlah kes masih dirawat terus berkurangan dengan enam lagi pesakit dibenarkan discaj dari hospital menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 287 orang hari ini.

Jumlah masih dirawat di hospital seluruh Sabah ialah 26 kes.

Bilangan yang masih dirawat ialah enam di Kota Kinabalu, Tawau (4), Keningau (4), Penampang (3), Kinabatangan (2) dan masing-masing satu di Lahad Datu, Tuaran, Putatan, Kunak, Ranau, Semporna serta Beluran.

Ketika berita ini ditulis, kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengenai jumlah mereka yang masih dalam kuarantin masih belum dikeluarkan.-SabahNewsToday