Pilih Bahasa

Tiada perubahan kepada Kerajaan Negeri Sabah- Warisan

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang kononnya adanya perubahan kerajaan di Sabah akibat daripada impak di peringkat persekutuan.

‘Ini tidak benar, dan ini semua adalah mainan pembangkang bagi mengurangkan keyakinan rakyat kepada Kerajaan Negeri Sabah,” kata Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua.

Loretto Sipin Padua Jr. – Gambar Fail SNT

Menurutnya Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Ahli Parlimen Warisan sentiasa berpegang pada prinsip serta berintegriti tinggi dan setia pada perjuangan parti.

“Sokongan serta kesetiaan kami kepada parti dan Kerajaaan Negeri Sabah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal tidak boleh dipersoalkan,” katanya.-SabahNewsToday