Pilih Bahasa

Tidak lebih 20 orang dalam satu rumah sepanjang tempoh perayaan antara SOP perlu dipatuhi: SC19CC

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Rakyat di Sabah dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Sambutan Perayaan antaranya tidak boleh melebihi 20 orang dalam rumah sepanjang tempoh perayaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap pengerusi Sabah Covid-19 Command Centre (SC19CC) Datuk Safar Untong berkata SOP sambutan perayaan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu dipatuhi semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang dan juga perayaan kebudayaan etnik ataupun Pesta Kaamatan pada hujung bulan Mei ini.

Datuk Safar Untong. Gambar Fail SNT

Menurut Safar, aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan semasa perayaan adalah seperti berikut:

  • Kunjung-mengunjung ke rumah saudara mara atau sahabat handai;
  • Balik kampung;
  • Rumah terbuka;
  • Berjemaah di Masjid/Rumah Ibadat;
  • Kenduri-kendara;
  • Ziarah kubur/tahlil;
  • Marhaban dari rumah ke rumah; dan
  • Berpesta.

“Kerajaan Negeri berharap dengan pematuhan Standard Operating Procedure ini dapat membantu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 di kalangan
masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Safar berkata orang ramai diminta untuk memastikan penjagaan kesihatan dan
kebersihan diri sentiasa diutamakan dan mengamalkan penjarakan sosial.-SabahNewsToday