Pilih Bahasa

TIGA AWAK-AWAK DITAHAN TERBABIT TANGKAP, BUNUH PENYU

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Tiga awak-awak ditahan berikutan melakukan penangkapan dan pembunuhan penyu secara haram di Perairan Ligitan, Semporna. Gambar SNT/ Ehsan ATB 2

SEMPORNA: Tiga awak-awak warga asing ditahan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) menerusi Pasukan Atur Gerak Cepat (QRF) dari 18 RAMD berikutan dipercayai terbabit aktiviti menangkap serta membunuh penyu berhampiran Perairan Ligitan, Semporna, petang semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, pihak berkuasa menahan semua lelaki terbabit yang berumur antara 25 hingga 45 tahun tanpa dokumen pengenalan diri.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Datuk Zarondin Md Amin berkata pihaknya bertinda membuat serbuan selepas menerima maklumat risikan.

Zaromdin berkata sepasukan QRF diketuai oleh Kapten Mohd Azuan Arif Mohd Nizam menggerakkan bot ronda bagi membanteras penangkapan dan pembunuhan penyu di kawasan perairan berkenaan.

“Hasil operasi ini, kita berjaya menahan tiga awak-awak ini dan pemeriksaan lanjut di dalam bot berkenaan turut menemui enam potongan cengkerang penyu.

“Mereka juga dipercayai melanggar perintah berkurung yang ditetapkan di perairan berkenaan.

“Semua awak-awak, berserta bot dan barang tahanan akan diserahkan ke Markas Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut,” Katanya.

Dalam pada itu, Zaromdin menasihatkan orang awam terutamanya komuniti maritim supaya tidak melakukan penangkapan serta pembunuhan penyu secara haram disebabkan hidup laut itu berada dalam spesis dilindungi. -SabahNewsToday