Pilih Bahasa

TIGA CEDERA DALAM KEMALANGAN KEDUA DI JALAN APAS HARI INI

Oleh Alfred Petrus

Proton Exora yang terbabas dalam kemalangan di Batu 22 Balung Jalan Apas Parit, Tawau. – Gambar SNT / Ehsan Bomba

TAWAU: Satu lagi kemalangan kali ini melibatkan tiga orang mangsa perempuan dilaporkan di Jalan Apas Balung Tawau-Semporna petang hari ini.

Pegawai Bomba Kanan Dua (2) Alipoldo Timbang berkata kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Exora yang terbabas dengan sendiri.

Dalam satu kenyataannya, beliau berkata ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke hospital dengan menggunakan Ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tambahnya pasukan bomba membuat pemeriksaan di lokasi kejadian bagi memastikan keadaan dan kawasan tersebut selamat daripada bahaya.

Sementara itu, tambahnya Pusat Gerakan Operasi Sabah terima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 5.41 petang lalu menggeggaskan seramai tujuh orang anggota bersamanya ke lokasi kejadian.

Operasi tamat pada pukul 6.34 petang. -SabahNewsToday