Pilih Bahasa

TIGA CEDERA DALAM PERTEMBUNGAN DUA KERETA DI KUDAT

Oleh Alfred Petrus

KUDAT: Tiga lelaki cedera ringan akibat kemalangan jalan raya di Jalan Pasiung Pekan Kudat petang tadi.

Kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi dan Proton Saga.

Keadaan Proton Saga selepas kemalangan tersebut berlaku. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Sentey Bakau berkata kemalangan tersebut berlaku akibat pertembungan kedua-dua kenderaan terbabit.

Ketika kejadian, dua orang mangsa dalam kereta Proton Saga dan seorang lagi di dalam Perodua Myvi terbabit berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketobaan pasukan bomba.

Seterunya, kesemua mangsa menerima rawatan awal daripada Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan dihantar ke Hospital Kudat menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Sentey berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.27 petang dan menggegaskan tujuh orang anggota bersamanya menggunakan sebuah jentera dan EMRS ke lokasi.

Tambahnya pihak bomba turut memastikan kawasan kemalangan selamat dan operasi ditamatkan pada pukul 6.52. -SabahNewsToday