Pilih Bahasa

Tiga nelayan Indonesia diculik

Oleh Junaidi Ladjana

KOTA KINABALU: Tiga nelayan dipercayai warga Indonesia diculik di perairan Lahad Datu, dekat sempadan laut selatan Filipina, pagi tadi.

Ketiga-tiga mangsa diculik sekumpulan tujuh lelaki lengkap bersenjata selepas menaiki dua bot nelayan tempatan pada jam 11.58 pagi.

Kumpulan berkenaan kemudian melarikan diri ke arah Pulai Tawi-Tawi di selatan Filipina.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi SabahNewsToday mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Datuk Hazani Ghazali. – Gambar Fail SNT

“Tiga mangsa yang dilarikan oleh kumpulan itu dipercayai warga Indonesia.

“Kini pasukan keselamatan sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu,” ujarnya.-SabahNewsToday