Pilih Bahasa

TIGA RUMAH, DUA KERETA DAN SEBUAH LORI MUSNAH DIJILAT API

Oleh Alfred Petrus

Anggota bomba menjalankan usaha pemadaman. Gambar SNT/Ehsan Bomba

SEMPORNA: Tiga buah rumah jenis tidak kekal musnah dijilat api dalam satu kejadian di Kampung Tg. Kapur pagi hari ini.

Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Fazizul Hizam Borhan berkata kebakaran tersebut juga turut memusnahkan dua buah kereta dan sebuah lori.

Namun, jelasnya tiada kecederaan mangsa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Sementara itu, katanya Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 10.41 pagi dan menggegaskan seramai 15 orang anggota BBP Semporna bersamanya ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba bertindak membuat pemadaman seterusnya menjalankan pemeriksaan di kawasan kebakaran bagi memastikan keadaan selamat.

“Kebakaran terkawal pada pukul 11.10 pagi dan operasi ditamatkan pada pukul 12.44 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis. -SabahNewsToday