Pilih Bahasa

Tiga rumah kediaman musnah terbakar

Oleh Alfred Petrus

TAWAU: Tiga rumah struktur kayu jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Gading, Jalan Apas di sini tadi.

Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan kecemasan pukul 5.28 petang sebelum 11 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Syed Salipudin Habib Taha bergerak ke lokasi kejadian.

Kebakaran membabitkan tiga rumah kayu jenis tidak kekal di Kampung Sungai Gading, Jalan Apas Tawau. Gambar SNT / Ihsan Bomba

Anggota bomba yang tiba di lokasi menaiki tiga jentera penyelamat kemudian mendapati tiga rumah kediaman terbabit musnah 100 peratus.

Pihak bomba cuba memadam kebakaran menggunakan dua pancutan air melalui jentera.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api dapat dikawal sepenuhnya pukul 7.33 petang.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – SabahNewsToday