Pilih Bahasa

TIGA RUMAH MUSNAH DIJILAT API

Oleh Nasrawati Syarifuddin

TAWAU: Tiga keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah didiami musnah dalam kebakaran di Kampung Rancangan, Sungai Tamang, Pulau Sebatik, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah ini, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan daripada orang awam pada pukul 9.24 pagi sebelum mengarahkan tujuh anggotanya ke lokasi kejadian.

Kebakaran mengakibatkan tiga buah rumah musnah 100%.Gambar SNT / Ihsan Media Sosial

“Memandangkan kawasan itu terletak di Pulau, kita terpaksa meminta bantuan daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau untuk menghantar anggota ke lokasi.

“Perjalanan menaiki bot mengambil masa dua jam dan mendapati api sudah terpadam,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perjalanan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menaiki bot mengambil masa dua jam. Bagaimanapun, api sudah terpadam ketika tiba di lokasi. Gambar SNT / Ihsan Media Sosial

Bagaimanapun, Sharudy berkata, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – SabahNewsToday