Pilih Bahasa

Tiga rumah musnah kebakaran di Kampung Kauran

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KENINGAU: Tiga buah rumah musnah dijilat api dalam kebakaran di Jalan Kampung Kauran, Kauran, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis pacuan empat roda milik mangsa kebakaran.

Tiga buah rumah dan satu kenderaan pacuan 4 roda musnah akibat kebakaran di Kampung Kauran. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit.

Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Mudi Pangiran berkata pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran terbabit pada jam 6.59 pagi menerusi panggilan kecemasan 999 sebelum diarahkan ke lokasi dimaklumkan.

Mudi berkata pihaknya dapat mengawal kebakaran daripada terus merebak sekitar jam Kebakaran dapat dikawal pada jam 8.38 pagi manakala operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.45 pagi.

Dalam pada itu, beliau berkata nilai kerugian sebenar dan punca kebakaran masih dalam siasatan. -SabahNews Today