Pilih Bahasa

Tiga termasuk seorang wanita ditahan terbabit dadah

Oleh Junaidi Ladjana

PAPAR: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan kerana terbabit penyalahgunaan dadah dalam operasi di kawasan Bongawan, di sini semalam.

Operasi jam 6 pagi itu dijalankan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata hasil operasi itu, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap semua suspek didapati positif dadah jenis syabu.

“Hasil daripada tangkapan itu, polis turut berjaya merampas dadah seberat 0.26 gram daripada salah seorang suspek.

“Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Batholomew berkata kejayaan operasi ini adalah salah satu usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya bagi IPD Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah.

“Operasi ini juga dijalankan bagi mencegah sebarang aktiviti jenayah daripada berlaku di daerah ini.

“Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah di daerah ini supaya disalurkan kepada boleh pihak PDRM khususnya IPD Papar untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -SabahNewsToday