Pilih Bahasa

TINDAKAN PANTAS ORANG AWAM BERJAYA PADAMKAN API DI BANGUNAN UTAMA COURT SANDAKAN

Oleh Alfred Petrus

SANDAKAN: Sebuah bilik dari sebuah rumah jenis kekal yang terbakar pagi hari ini berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan pemadam api.

Kebakaran yang berlaku di bangunan Utama Court Jalan IJM Sandakan itu hanya melibatkan sebuah bilik berkeluasan 20×30 kaki persegi.

Namun, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa dilaporkan.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 10.08 pagi dan menggegaskan seramai sembilan orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan ke lokasi kejadian.

Ketika operasi, pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan di kawasan terbakar bagi memastikan keadaan selamat.

Kebakaran terkawal 14 minit kemudian dan operasi ditamatkan pada pukul 11.13 pagi. -SabahNewsToday