Pilih Bahasa

Tingkat penyertaan pelbagai kaum lain dalam Rela

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KEMABONG: Penyertaan pelbagai kaum dalam Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) termasuk dari bandar dan luar bandar perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong, Jamawi Jaafar  berkata ini kerana tenaga Rela bersama pasukan keselamatan awam yang lain diperlukan bagi menghadapi sebarang bencana alam yang berlaku.

Jamawi (tengah)menyampaikan sumbangan kepada pusat operasi Rela di Kampung Bakuku Kemabong. – Gambar SNT/Ihsan unit media Dun Kemabong

“Rela diwujudkan bertujuan menggembleng tenaga rakyat bagi memastikan keselamatan dan keamanan setempat.

“Kini peranan Rela diperluaskan kepada membantu usaha membasmi jenayah, menjaga keselamatan dan keamanan negara bersama pasukan keselamatan awam,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Pusat Operasi Rela di Kampung Bakuku dekat sini baru baru ini.

Di majlis tersebut Jamawi juga turut menyampaikan sumbangan kerusi dan kelengkapan pusat operasi.

Dalam pada itu Jamawi menggesa supaya anggota Rela khususnya di daerah ini lebih proaktif dan komited dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Menurutnya Rela memain peranan penting dalam usaha membantu menjaga keamanan dan kemakmuran rakyat negeri ini.

Jamawi berkata sebagai sebuah organisasi yang dianggarkan mempunyai kira-kira tiga juta anggota diseluruh negara Rela telah memperlihatkan komitmen mereka dalam mempertahankan agenda besar negara seiring matlamat penubuhannya pada 1972. – SabahNewsToday