Pilih Bahasa

TM sedia RM50 juta naiktaraf perkhidmatan di Sabah

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Telekom Malaysia (TM) Sabah memperuntukkan kira-kira RM50 juta  bagi menaiktaraf perkhidmatan di negeri ini.

Pengurus Besar TM Sabah, Datuk Mohd Sainal Mohd Amin berkata naiktaraf berkenaan termasuklah menambahbaik kawasan Streamyx kepada perkhidmatan UniFi.

Pengurus Besar TM Sabah, Datuk Mohd Sainal Mohd Amin beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan Kaamatan TM di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Mohd Sainal berkata ia adalah antara fokus utama TM Sabah tahun ini dalam memastikan semua pelanggan boleh menikmati UniFi di seluruh negeri.

“Kita akan menggunakan beberapa teknologi dengan memberi tumpuan kepada teknologi tanpa wayar dalam merealisasikan proses ini.

Pengurus Besar TM Sabah, Datuk Mohd Sainal Mohd Amin merakamkan gambar bersama tetamu pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan Kaamatan TM di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Selain itu, kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Kepuasan hati pelanggan tentunya menjadi keutamaan kami kerana tanpa mereka, TM tidak berada pada tahap sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan Kaamatan TM, di sini, hari ini.

Pengurus Besar TM Sabah, Datuk Mohd Sainal Mohd Amin beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan Kaamatan TM di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Setakat ini, terdapat kira-kira 70,000 pengguna UniFi di seluruh Sabah membabitkan pengguna persendirian dan syarikat perniagaan.

Turut hadir Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor.

Dalam pada itu, Mohd Sainal menyatakan sambutan rumah terbuka seumpama itu ialah penghargaan kepada kakitangan serta pelanggan TM

Beliau berkata majlis berkenaan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan sesama kakitangan selain antara TM bersama pelanggan setianya. -SabahNews Today