Pilih Bahasa

Toreh tangan disyaki bunuh diri

Oleh Junaidi Ladjana

Lelaki ditemui mati disyaki bunuh diri di sebuah Apartment, Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Ihsan polis

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan toreh dipergelangan tangan dan calar dibadan di sebuah Apartment Jalan Tuaran Bypass, di sini semalam.

Mangsa berusia 26 tahun ditemui oleh ibu saudaranya dalam keadaan terbaring sebelum menghubungi pihak berkuasa pada pukul 12.27 tengah hari untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata siasatan lanjut dan maklumat yang diperolehi daripada anak saudaranya memberitahu mangsa ada buat ‘live’ melalui akaun instagram bersama mangsa selama seminit sebelum kejadian.

“Dalam live itu, anak saudaranya hanya mendengar perkataan “dia mengalami tekanan” dan perbualan lain tidak jelas.

“Polis syaki mangsa dipercayai membunuh diri dan terdapat kesan toreh di pergelangan tangan kanan, luka di siku tangan kiri dan calar di belakang badan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

George berkata tiada sebarang peralatan ditemui di tempat kejadian yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah.

Beliau menambah mayat mangsa dihantar Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – SabahNewsToday