Pilih Bahasa

TPM SINGAPURA AKHIRI LAWATAN TIGA HARI KE SABAH

Christina bersalaman dengan Teo di KKIA. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean mengakhiri lawatan rasminya ke Sabah hari ini, sejak Jumaat lalu.

Teo dan rombongan delegasi berlepas ke Singapura pada jam 9.15 pagi tadi, menggunakan pesawat komersil Malindo Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Dalam rangka lawatan beliau di sini, Teo sempat mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan juga membuat kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin kelmarin.

Teo (tengah) diiring Christina ke pintu pelepasan. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

Hadir mengucapkan selamat jalan kepda beliau adalah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew bersama Setiausaha Tetap Kementeriannya, Datu Rosmadi Datu Sulai.-SabahNewsToday