Pilih Bahasa

TUJUH BELAS PEGUAM SYARIE DITAULIAHKAN

Para peguam syarie melafazkan ikrar. Gambar SNT/Ehsan Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU: Tujuh belas Peguam Syarie yang berjaya ditauliahkan dijangka dapat memenuhi keperluan tenaga golongan profesional tersebut di negeri ini.

Menurut Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai, termasuk jumlah pentauliahan tersebut, Sabah kini mempunyai seramai 100 peguam syarie yang bertauliah.

Uda (tengah) semasa bercakap kepada media. Gambar SNT/Ehsan Jabatan Penerangan

“Penambahan jumlah peguam syarie tersebut akan dapat melancarkan lagi segala kes-kes di Mahkamah Syariah.

“Pada mulanya, kita mengalami kekurangan peguam syarie tapi dengan adanya pentauliahan pada hari ini dijangka dapat menyelesaikan ‘shortcoming’ banyak kawasan di negeri ini,” katanya pada Sidang Media selepas Majlis Pentauliahan Peguam Syarie 2018 di sini, pagi Isnin.

Tambah beliau, untuk kes Mal pada setakat Oktober 2018, sebanyak 8,784 kes sudah didaftar dan hanya 5,852 kes yang selesai manakala bagi kes jenayah pula direkodkan sebanyak 736 kes yang selesai daripada 1,186 kes yang didaftarkan.SabahNewsToday/Jabatan Penerangan