Pilih Bahasa

TUN JUHAR HADIRI MESYUARAT RAJA-RAJA KE-250

Oleh Chris Maskilone

MESYUARAT DIRAJA … Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-250 di Istana Negara hari ini.

Mesyuarat sehari itu bermula pada jam 10.30  pagi dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Mesyuarat dihadiri lima daripada sembilan Raja-Raja Melayu (Sultan Pahang, Johor, Kedah dan Kelantan tidak hadir) dan empat Yang Di Pertua Negeri termasuk dari Sabah.-SabahNewsToday/Gambar JKM Sabah