Pilih Bahasa

Tun Juhar Terima Kunjungan Hormat AJK Induk Sambutan Hari Jadi Rasmi TYT

Jaujan (kiri) bersama barisan Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Jadi Rasmi TYT bergambar kenangan bersama Tun Juhar (tengah). Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Induk Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) di Istana Negeri, pagi tadi.

Pengerusinya yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong berkata tujuan kunjungan hormat adalah untuk memaklumkan kepada Tun Juhar mengenai persiapan dan persediaan bagi program-program yang akan diadakan sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah yang Ke-65, pada 6 Oktober ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa sepanjang bulan Oktober itu juga, terdapat sebanyak 10 acara telah dirancang yang akan diadakan di seluruh Sabah.

Antaranya, acara berbasikal di Teluk Likas, Kota Kinabalu serta program kebajikan bersama anak yatim di Tawau. SabahNewsToday/Penerangan-